Friday, July 26, 2013

Daily Sketches


Dah lama aku pandang kat luar tingkap office dan teruja sangat nak menconteng. Mencari masa yang sesuai supaya tak ada orang perasan. Jadi dalam bulan Ramadhan ni, ramai yang akan balik on time sebab nak siap-siap beli/masak untuk berbuka puasa. Jadi masa ni lah sesuai untuk aku duduk dan pandang ke luar tingkap.
Di hadapan kilang aku terletak kilang Dyson yang mempunyai 3 bangunan yang berbeza dan dua daripadanya mempunyai bentuk bumbung yang beralun macam ombak. Tapi kali ni aku cuma ambil satu bangunan dari Dyson dan aku masukkan security post dan sebahagian bumbung parking kereta kilang aku.


Semalam, aku bercadang nak sambung menconteng bangunan Dyson. Tapi bila pandang keluar, langit dah gelap dan dari dalam office tak nampak sangat suasana di luar disebabkan pantulan cahaya dari dalam. Jadi aku pun conteng apa yang ada di dalam office sahaja. Macam biasalah, semua dah balik awal. Office jadi sunyi sepi. Cuma tinggal 2-3 orang yang buat kerja lebih. 
Dari workstation aku, aku boleh nampak bilik boss dan beberapa workstation engineer, void area di mana terdapat meja besar yang sesuai untuk perbincangan pantas dan bilik MIS.

Sunday, July 21, 2013

Ramadhan Sketchwalk 2

Ramadhan Sketchwalk 2 nama diberi sempena bulan Ramadhan. Sesi bulan nie memang untuk penconteg-penconteng yang tegar kecuali pakcik Buz. Bertarikh 20 Julai 2013, di pagi Sabtu yang nyaman, hari ni cuma 4 orang penconteng yang datang iaitu Taib, pakcik Buz, Mulo dan termasuk aku sendiri.

Berkumpul di hadapan menara Public Bank Jalan Wong Ah Fook berhadapan City Square. Planning nak conteng sepanjang jalan Wong Ah Fook yang semestinya sibuk dengan bas dan orang ramai. Tapi sebelum aku sampai kat tempat perjumpaan, sempat lagi aku conteng Hindu Temple kat jalan Ungku Puan yang berhadapan Kotaraya.


Aku akan repeat conteng kuil hindu ni tapi pada sudut yang berlainan. Supaya nak nampakkan kedai-kedai yang berada di luar kuil. Nak masukkan suasana manusia pada contengan bagi nampak kehidupan ada di Johor Bahru.

Friday, July 19, 2013

Welcome to Johor Sketchers

 
Royal Johor Military Force - Located infront of Kotaraya Shopping mall at Bukit Timbalan. An independent military formation raised in 1886 by Sultan Sir Abu Bakar of Johor. [14 March 2009]


Pertama kali aku keluar menconteng di Johor Bahru ialah pada tahun 2009. Ketika itu dengan tidak sengajanya aku terjumpa laman web 'Urban Sketchers' dan terus saja aku terpengaruh dengannya. Aku membaca manifestonya, melihat gaya persembahan setiap penconteng, dan di saat itu aku bergerak menconteng bersendirian.

Selepas mewujudkan Johor Sketchers pada 18 Jun 2013 di laman Facebook bergandingan dengan Tok Rimau dan Taib Aur, kini satu lagi langkah kehadapan untuk membawa penconteng dari seluruh Johor bersama-sama masuk ke dalam dunia contengan dengan lahirnya blog JSk. Dengan adanya group ini, aku berharap dapat menjalinkan persahabatan di kalangan penconteng yang lama (otai) mahupun yang baru dan mengembangkan lagi komuniti sketchers.

Tidak ada banyak syarat. Postkan contengan anda, berkongsi cerita disebalik contengan, dan sebarkan kepada rakan-rakan jika anda hendak keluar menconteng, manalah tahu mungkin ada orang yang nak ikut bersama. Let's just have fun with it.