About JSk

Johor Sketchers was established 18 June 2013. We are a rapidly expanding group with 20 active members on site and 200 members on the Facebook group. Urbansketchers choose their own sites to sketch and share on Facebook their drawings. They may go to the site alone or in group. In Johor, we are a newly formed group but our activities already draw attention of News Straits Time and Sin Chew Press. Sketchers from Singapore also joined us to sketch the town. We also get invitations from private sectors to sketch at their place. 
........


Group ini telah dihidupkan pada 18 Jun 2013 yang bertujuan untuk berkongsi lakaran kasar atau pun contengan seni yang dapat menceritakan apa yang berada di sekeliling kehidupan mereka di negeri Johor ini melalui kaca mata dan tangan seni lakaran itu sendiri.

Bermatlamat untuk mengumpul penconteng di seluruh negeri Johor tidak kira umur, bangsa, kebolehan dan latar belakang kehidupan yang selama ini berhibenasi sendirian di dalam kepompong keselesaan. Pada masa yang sama juga 'Johor Sketchers' ingin mengenegahkan seni lukisan tangan, penceritaan, lakaran secara langsung dan berkongsi ilmu contengan.
Biarkan ia comot, hambar, hilang keseimbangan, tiada seni di mata pemerhati, tetapi itulah contengan dan lakaran kejujuran yang harus kita sendiri hargai...



Prinsip Johor Sketchers 

  • Kami menconteng secara langsung, merakam apa yang kami lihat melalui pemerhatian.
  • Contengan kami menceritakan keadaan sekeliling, tempat tinggal kami dan di mana sahaja kami berada.
  • Contengan kami adalah perakam masa dan tempat.
  • Kami menggunakan pelbagai alat/media dan saling menghargai gaya setiap individu.
  • Kami saling membantu serta memberi galakkan dan kami menconteng bersama.

No comments:

Post a Comment